Berbuka Puasa Bersama Ihsan & Frankie John Teams di USJ Sentral 3, Subang Jaya - FrankieJohn.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Jul 20, 2012

Berbuka Puasa Bersama Ihsan & Frankie John Teams di USJ Sentral 3, Subang Jaya

Menjelang bulan Ramadhan yang bakal menjelang esok iaitu sabtu, 21. Julai. 2012. Kami ingin menjemput saudara dan saudari untuk menyertai Sesi Berbuka Puasa Bersama Ihsan & Frankie John Teams di USJ Sentral 3, Subang Jaya

Tujuan sesi berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di antara para blogger atau kawan-kawan yang beragama Islam dan membantu salah seorang sahabat kami (En. Ihsan) yang sedang praktikal untuk pengajian Culinary Arts. Selain itu, anda salah seorang yang bertuah sekiranya anda dapat berbuka puasa bersama kerana sahabat kami juga yang memasak dan menyediakan makanan tersebut.

Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjemput kami dan kawan-kawan yang lain. Berikut adalah contoh gambar makanan yang ditaja oleh En. Ihsan sekeluarga:
Nasi Lemak Rendang.

Cheese Baked Rice.

 Ayuh, sekiranya anda ingin menyertai Sesi Berbuka Puasa Bersama Kami, hantarkan email kepada mrfrankiejohn@gmail.com dengan nama penuh dan URL blog atau facebook anda. 30 orang pertama yang menghantar emel kepada kami akan dijemput untuk menghadiri sesi berbuka puasa ini. Bagi tujuan mengeratkan hubungan para blogger dan kawan-kawan di dalam komuniti kami, jemputan ini hanyalah untuk seorang sahaja. 

Pihak kami ingin mengucapkan ‘Selamat Menjalankan Ibadah Puasa’ kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Make sure you don't miss interesting happenings and latest updates straight to your inbox by submitting your email address below:
Or subscribe via RSS Feed